Want your
own Fotopage?











 
Ayahman's Dragon Fruit FotoPage

By: ayahman dragon fruit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 19-Aug-2007 21:36 Email | Share | | Bookmark
Rumput Oh Rumput

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 11 photos...
Aduh! Penat tengok kebun cam ni ... Kesian sebulan tak belek pokok-pokok ni.

** Tumpang iklan Tuan Rumah..

Hi Guys,

PROMOSI HARI RAYA !!

DISKAUN SEHINGGA 20% BERMULA DARI 2/10 – 10/10 SAHAJA

Sila2 lah jengok ke FP EJ…

Handbag Collections

http://goodprice2u.fotopages.com


TQ

EJ’s COLLECTION

Tue 2-Oct-2007 03:01
Posted by:MiSS EJ
Berbakti lah pada bumi... =) Hasilnya.. semua pun tahu.. hihi
Tue 20-Nov-2007 18:45
Posted by:NADIAH  - [Link]
Ayahman, apa perkembangan terbaru dikebun. Kena hati-hati sekarang sebab serangan bakteria sedang melanda, banyak ladang yg saya lawat dah kena...
Thu 29-Nov-2007 03:46
Posted by:dol dolmalek@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 14-Jul-2007 01:09 Email | Share | | Bookmark
Penanaman fasa Ke Dua

Along Zuhri turun padang gak.
Apak Hadi menanam anak-anak pokok.
Berat sangat ke tu wei ...
Oh Mak boghek, tolonglah ...
Hah, kan ringan sikit ...
Nak ukur ke, nak angkat ni ...
View all 16 photos...
Penanaman pokok naga dikebun Ayahman pada peringkat kedua dilaksanakan pada 14 dan 15 Julai 2007. Ramai di kalangan ahli keluarga balik ke kampung untuk bergotong-royong menanam pokok-pokok berkenaan. Sebanyak 320 batang tiang konkrit telah ditanam diperingkat ini. Masak kalau Ayahman tanam sorang-sorang untuk 320 tiang tu = 1080 anak pokok!

Ayahman, tumpang tanya...
Yang berbaju putih tu Dino kan. Dan yang berbaju biru tu Saf kan... Husband n Wife kan...
Apa kaitan depa ngan ayahman ya??
Saya kenal depa tu... Pernah berkayak together-gether dolu dolu...
Thu 27-Dec-2007 22:08
Posted by:Cik Elly  - [Link]
Teramatlah betulnya tu. Isteri Dino tu sebenarnya anak buah ayahman, anak buah kepada isteri ayahman, Mama BB. Kenapa, ada kenal ke dengan si Dino tu?
Fri 14-Mar-2008 10:17
Posted by:Ayahman
ayahman...kat mana kebun ayah man ni??sy pn ada tanam buah naga ni gak dlm 2ekar...
sy wat kat pekan pahang nun..
Sun 24-Aug-2008 09:24
Posted by:faiz judd_cav3929@yahoo.com
Add comment


Saturday, 7-Jul-2007 21:39 Email | Share | | Bookmark
Tuaian Kedua Kebun Ayahman

 
 
 
View all 4 photos...
Hasil tuaian kedua di kebun Ayahman. Hmm...nampak hasil titik peluh yang menghilangkan rasa penat selama enam bulan menunggu. Tuaian kali ini nampak lebih banyak berbanding tuaian pertama hanya 3 biji sahaja. Alhamdulillah...

Care to comment?


Sunday, 1-Jul-2007 05:09 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Keluarga Ahmad Termizi dan Haji Bachok

Haji Bachok dan Ahmad Termizi serta keluarga
 
Haji Bachok kepenatan
View all 5 photos...
Pada 24 Jun 2007, Haji Bachok sekeluarga dan En Ahmad Termizi dan anak-anak melawat Kebun Ayahman di D'pilah Dragon Fruit.

Care to comment?


Tuesday, 29-May-2007 23:22 Email | Share | | Bookmark
Ladang Naga Xtrem

 
 
 
View all 4 photos...
Ladang ini seluas 100 hektar diSelaru, Kuala Pilah. Asalnya adalah ladang getah. Tebang dan ganti tiang konkrit siap banglow sekali. Kini telah ditanam pokok dan banyak telah melepasi para. Kalau keluar hasil nanti, berapa tan agaknya sebulan?

mugo pilah akan lobih terkonal lopeh ni
Wed 30-May-2007 02:04
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Milik siapakah tanah iniii .....
Eee berapa ramai ya pekerja dia. mesti ramai berbatilion² kan..
Wed 30-May-2007 03:28
Posted by:Cik Elly ijokpitaya@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 28-May-2007 10:55 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan Fasa II

Kawasan untuk perluaskan kebun naga ..
Batas-batas yang perlu di bajak semula
Pokok-pokok lama yang telah dibersihkan batasnya
View all 6 photos...
Alhamdulillah, Fasa I telah mula menampakkan hasilnya. Telah banyak pokok-pokok yang mula mengeluarkan bunga. Barangkali selepas ini pengeluaran bunga ini akan disambung pula dengan penghasilan buah-buahnya.
Namun begitu perancangan untuk memperluaskan ke fasa II sedang diusahakan. Baki tanah yang telah disediakan dengan batas-batas terdahulu diterangkan kembali. Hanga menunggu saat dan ketika untuk PPN Negeri Sembilan untuk membajak halus (rotor) batas-batas berkenaan. Akhirnya nanti sebanyak 270 batang tiang akan ditanam dan diikuti dengan 1080 anak pokok. Insyaallah projek penanaman ini akan dilaksanakan disepanjang bulan Jun ini.

Care to comment?


Sunday, 20-May-2007 23:02 Email | Share | | Bookmark
Berkembang Sebelum Layu

Menuju puncak lah lagi ..
Bakal mengembang
malam ni gerenti kembang punya.
View all 12 photos...
Pokok-pokok yang ditanam telah mula menampakkan bunganya yang cantik.

Berapa kos tiang dan para konkrit tu satu set ?.... size tiang dan panjang ye berapa dan berapa dalam pula perlu di tanam dalam tanah. kalau macam ni tentu tahan lama. Alah membeli menang memakai . . . .selamat maju jaya ayahman ! . . .
Sun 1-Jul-2007 14:27
Posted by:khasmuni Hj Muhamad khas_erabio@yahoo.com
Salam.. Ayahman.. apa perkembangan terbaru sekarang nih... dah merasa buah sulung ke.. .. macamna ..mesti puaskan.. ya lah..hasil usaha kita dah mula menjadi
Sat 14-Jul-2007 12:28
Posted by:nagamadu nagamadu@nagamadu.com
Takda nak comment laa...semuanya I tngok menakjubkan.
1) saya tngok u bkan sahaja guna tayar motor sebagai sokong, tapi frame konkrit berpetak yg nampaknya lebih kukuh dan pasti lebih sukar n mahal penyediaannya.
2) marketing setakat ini macam mana, saya tngok dah banyak sgt orang menanam pokok ni...

utk soalan 1 saya tolong jawab.
- mahal tapi berbaloi, buah naga boleh idup hingga lebih 30 tahun, jadi pikir sendirilah...
utk soalan 2 pun saya tolog jawab.
- memang ramai orang tanam. Tapi cuba fikir logik, benda apa yang orang lain tak pernah tanam?? Contoh macam kereta, kereta memang banyak sampai berjuta-juta, tapi kenapa kilang masih kuarkan kereta? siapa nak beli ? jawapan tuh pikir sendiri ar.

thank you.

aku bukan along sebab aku angah....... huhu.....
Wed 26-Dec-2007 10:36
Posted by:lempito
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 2-May-2007 11:15 Email | Share | | Bookmark
Jelly Buah Naga

Resepi kedua menggunakan serbuk jelly
Resepi kedua...
Resepi pertama menggunakan agar-agar biasa jer.
Bakal Usahawan Jelly Dragon Fruit di Kuala Pilah ,.... hah..hah..hah.. berangan betul.
Mama B telah menyiapkan resipi Jelly Dragon Fruit. Buah di beli di Ulu Bendul. Resepi? ... masih rahsia lagi, ... Nanti kalau sedap, bolehlah kongsi sesamakan?

Care to comment?


Wednesday, 2-May-2007 09:29 Email | Share | | Bookmark
Bunga Pertama kebun Ayahman

Betul ke ni .. Ayahman meneliti bunga pertama ...
Mama B dengan bunga naganya ...
Hui... seronoknya, semua nak bergambar ...
View all 12 photos...
Sempena cuti hari Buruh 1 Mei, ramailah adik-beradik dan ipar-duai yang balik ke kampung gotong-royong membersihkan kebun pokok naga. Bukan apa, masing-masing teruja apabila diberitahu bahawa pokok di kebun telah mula mengeluarkan bunga. Masing-masing nak lihat bunga di kebun sendiri. Ramai yang balik cam Mak Dik sekeluarga, Mak Ndah sekeluarga, Mak Chik sekeluarga siap dengan menantu sekali, Pak Hadi sekeluarga, Mak Lang Pedas dan Nasir pun singgah semasa dalam perjalanan ke Melaka hantar kereta. Sempat juga tabur satu dua baldi baja kat pokok tu. Semua yang balik telah bergotong-royong membersih dan membaja pokok-pokok. Sukanya hati pepokok tu ... ramai yang menziahari dia, elok ke cam tu?

Hah ... percaya ke tidak, pokok-pokok di kebun Ayahman telah mula mengeluarkan bunga ketika umur baru empat bulan. tapi Ayahman tak mengharap sangat bunga pertama ni kerana kalau dilihat macam tak normal jer pertumbuhannya. Lihat dan saksikanlah serta berikan komen-komen.

salammm...agak normal bagi buah ni mula berbunga selepas 4 bulan ditanam. harap2 buahnya tak gugur kerana kadang2 masa baru nak belajar ni ada yg gugur. lepas ni nanti banyak la lagi bunga insyaallah. semuga usaha encik berjaya.
Fri 4-May-2007 05:23
Posted by:unnamed
so ini la kebun yg dlm citer alahai cucu atuk, masa tu sy taktau pon itu pokok dragonfruit. cuma ckp sy, apa la pokok yg pelik ni.. skrg baru tahu ini la pokok dragonfruit..
good luck ayahman.. insya-allah sy dlm proses mencari ilmu psl dragonfruit ni jugak..
Fri 15-Jun-2007 09:14
Posted by:Puan Ros puanros@gmail.com
Tahniah... Semoga usaha dan susah payah pak pin berjaya
Sat 30-Jun-2007 16:06
Posted by:azman_R@D azman_y@moe.edu.my
Add comment


Thursday, 26-Apr-2007 02:29 Email | Share | | Bookmark
Pokok Naga Di Taman Jasa Utama

Foo Yooo, baru tiga bulan dah macam ni.
Pokok sudah mula menunduk.
Lihat percambahan tunas-tunasnya.
View all 4 photos...
Inilah pokok naga yang ditanam di hadapan rumah Ayahman kat Taman Jasa Utama, Batu Caves. Pokok ini ditanam tiga bulan yang lalu sebagai pengubat rindu terhadap pokok-pokok kebun naga di kampung .

Rasa penat hilang bila mengikuti perkembangan pembesaran pokok-pokok ini. Bayangkan dalam masa genap tiga bulan, pokok-pokok ini telah mencapai tahap begini.
Fu Yoooo

Ohh.. Ayahman ni duduk kat Taman Jasa Utama kerrrrr....
Sesenang nanti bolehlaa kami mai melawat...
Kakak saya duk BBS Fasa 2B tu jer... Selalu lah p sana...
Mon 30-Apr-2007 15:10
Posted by:Cik Elly ijokpitaya@gmail.com  - [Link]
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, eh adalagi ke nyiru ni, kenal ke?
Wed 2-May-2007 10:26
Posted by:ayahman ayahman@gmail.com  - [Link]
Pondoknya kat 19, Jalan JU3, bersebelahan Tadika PASTI dan KEMAS
Thu 3-May-2007 11:07
Posted by:ayahman ayahman@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.