|
|
| Sunday, 15-Apr-2007 11:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kebun Ayahman Mula Dilawati
|
 |
|
Kak Chik Hawa dan Kak Long Fauziah
|
|
 |
|
Bangah Suman dan Abang Godang
|
|
 |
|
Pak Ngah Suman bersama anak-anak arwah Mak Teh Idah
|
| | View all 6 photos... |
|
|
Hujung minggu lepas ayahman dan keluarga serta ahli keluarga lain seperti Mak Dik dan keluarga, Kak Chik dan keluarga, Apak Hadi dan keluarga serta Mak Ndah balik jengok kebun naga. Sememangnya kurang puas hati dengan tahap kebersihan tanah. Ini disebabkan oleh kerana masih terdapat rumput yang bermaharajalela terutama dikawasan yang ditanam dengan serai. Kali ni operasi membersih zon tanaman serai dan juga zon dibelakang rumah menjadi sasaran utama. Semasa kerja pembersihan dijalankan, kebun ayahman dragon fruit ini menerima kunjungan dari sanak saudara yang tak terfikir di kepala Ayahman ni mereka berminat untuk melawat. Maklumlah ... , Kini ahli keluarga sebelah Mak Teh Idah turun melawat kebun. Mesti ada agendakan?. Oleh kerana tiada persediaan menerima pelawat, maka gambar lawatan mereka tidak dapat dirakam di kawasan kebun. Hanya gambar dihalaman rumah sahaja yang sempat diabadikan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Apr-2007 16:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iklan Unik di Paroi
|
|
Dalam perjalanan anda dari Bandar Seremban ke Kuala Pilah, pasti anda akan disajikan dengan papan-papan iklan yang begitu unik. Ia memberitahu anda selepas Kampung Paroi, anda akan bertemu dengan tempat R&R yang menjual buah-buahan tropika yang ditanam diladang berhampiran iaitu Star Fresh Agro Park. Lihat papan-papan tanda ini, adakah anda dapat mengenal buah-buahan yang terdapat di R&R ini? Mungkin selepas ini nama Cu Naga juga akan dapat dilihat di sini.
Apabila anda melepasi Bukit Putus, anda akan diketemukan dengan Kampung Ulu Bendul dan seterusnya kebun naga disini sebaik saha anda melepasi kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendul . Pokok-pokok di kebun ini sedang berbuah lebat. hanya tunggu masa untuk penuai buahnya. Mungkin minggu hadapan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Apr-2007 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menuju Puncak II
|
 |
|
Lihatlah sang rumput bermaharajalela ...
|
|
 |
|
Amboi sukanya sang rumput tu ...
|
|
 |
|
Anak tunas sedang rancak membiak ..
|
| | View all 22 photos... |
|
|
Alamak, mana pokok aku? Ini tak boleh jadi. Itulah yang dilihat semasa pertama kali melihat pokok yang ditinggalkan lama. Hiba hati apabila melihat tanah kebun pokok naga yang ditinggalkan lebih kurang dua minggu. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang tak boleh dielakkan termasuk Mama BB yang menjalani pembedahan Carpal Tunnel di kedua-dua belah tangannya. Sepeninggalan ini pokok-pokok tidak dapat pengawasan seperti biasa. Sedih dan amat penat bila melihat sang rumput bergembira membesarkan dirinya. Hampir dua kaki tinggi. Kesihan ... namun begitu , serangan sang rumput terpaksa dihadapi. Pada 7 April, operasi besar-besaran diambil bagi menghapuskan rumput-rumput yang hendak bermaharajalela. Alhamdulillah, 2 hari lamanya, sang rumput pun tewas. Ini adalah hasil usaha tiga pahlawan Pilah. Lega bila melihat pokok naga kelihatan semula.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Mar-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kebun Ayahman Dragon Fruit mula dikenali
|
 |
|
Mama BB dan Apak Hadi melayan tetamu
|
|
 |
|
Mama BB dan Alang Che Nah ...
|
|
 |
|
Encik Baharudin menerangkan sesuatu kepada Mama BB
|
| | View all 6 photos... |
|
Alhamdulillah, rumput yang sedang membesar dapat ditewaskan. Oleh kerana hujan kerap turun, maka sang rumput pun bersemangat untuk membesar. Operasi terpaksa dijalankan bagi menghalang aktiviti ini.
Semasa proses menghambat sang rumput, buat pertama kalinya pegawai LPP dari Sungai besar bersama isterinya turun kekebun melawat kami. Suntikan semangat diberikan membuatkan kami dikebun rasa teruja, maklumlah bukan senang orang dari Sungai Besar nak melawat kebun di Kuala Pilah ni, tambahan pula di Kuala Pilah ni banyak kebun yang hebat-hebat. Ayahman Dragon Fruit baru nak bermula, fasa pertama dengan 800 pokok aje.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Feb-2007 16:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menuju Puncak ...
|
|
Hari ni balik tengok kebun di kampung. Kali ni untuk membaja. Peringkat ini saya menggunakan baja kompos dengan menggunakan cacing harimau. Nampak gayanya amat sesuai dengan pokok ni. Tunas yang tumbuh pun gemok-gemok . Tapi kosnya agak tinggi.
Hari ini sangat panas. Dah dua minggu hujan tidak turun di kawasan Kuala PIlah ni. Tanah kebun agak kering. Kesihan pokok-pokok yang ditanam. Tapi alhamdulillah, setelah ditanam selama 7 minggu bermula dari 16 Disember 2006 dahulu, inilah perkembangannya sekarang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Jan-2007 11:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Serangan Haiwan Perosak
|
 |
|
Dua tunas yang baru tumbuh menjadi mangsa Sang Siput
|
|
 |
|
Lagi mangsa Sang Siput
|
|
 |
|
Tu dia, pandai menyorok belakang pokok, takut agaknya...
|
| | View all 5 photos... |
|
|
Sudah menjangkau satu bulan anak pokok ditanam, percambahan tunas amat memberangsangkan. Ada yang mencapai melebihi 10" panjang dan ada juga yang baru nak tumbuh. Namun begitu sememangnya cabaran dalam bidang ini agaknya,serangan haiwan perosak mula berlaku tapi masih da;lam kawalan. Ada beberapa batang anak pokok diserang oleh siput dan juga cacing bulan. Ia memakan pucuk-pucuk tunas yang baru tumbuh tu. So kalau ada sesiapa yang mengetahui untuk mengatasi masalah ini, Ayahman mengharapkan bantuan ...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Jan-2007 08:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pembiayaan Pertanian
|
|
INFOR TERKINI, INFO TERKINI, INFO TERKINI ...
Untuk penanam baru atau lama: Saya ada melayari ke web site MARA. Dia boleh kasik pinjaman untuk pertanian, RM 30K . Yang nampak bestnya, PENJAMIN tak perlu, CAGARAN TANAH pun tak payah. Jangkamasa pinjaman 1 - 5 tahun. (Tu maklumat minggu lepas) tapi hari ni dah naik ke RM50k plak. Mungkin ni sebab banjir besar kat Johor tu agaknya, nak betul-bentul bantu la ni. Kalau pembiayaan lebih dari RM50k baru perlu penjamin. Rasa-rasanya boleh gak panjat MARA ni untuk luaskan tanaman ni.Cuba lawat kat sini: http://www.mara.gov.my/bpn/main.htm Cari maklumat ni kat Skim Pembiayaan AM. Macam-macam Pembiayaan Ada kat sini.
1. Pembiayaan untuk Profesional
2. Pembiayaan untuk Pengangkutan
3. Pembiayaan untuk Pasar Mini
4. Pembiayaan untuk Pewujudan Usahawan
5. Pembiayaan untuk Usahawan Teknikal
6 .Pembiayaan RM50,000 Tanpa Jaminan Dan Cagaran
7 .Pembiayaan untuk Usahawantani
8. Pembiayaan Teksi
Apa Cam, ramai-ramai kita ke MARA Kalau pinjam kat Bank Pertanian atau TEKUN kena bagi cagaran tanah, ni tak yah ...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Jan-2007 04:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pemantauan Penanaman
|
 |
|
Zainal dan Bang Chik turut memantau penanamam
|
|
 |
|
Kelihatan tunas baru nak tumbuh.
|
|
 |
|
Baru dua minggu, dah 3 inci panjangnya ...
|
| | View all 10 photos... |
|
|
Rasa penat menanam dua minggu dulu hilang apabila melawat kebun pada 7 Jan 2007 yang lalu. Setelah diteliti, hampir 70% benih yang ditanam telah mula mengeluarkan tunas-tunasnya. Yang lain tu, agak-agaknya hanya menunggu masa kot untuk bercambah. Tetapi memanglah adat menanam agaknya kerana terdapat juga benih-benih yang ditanam tu mengalami masalah pokok reput ( pangkal pokok berwarna kuining). Saya rasa ini disebabkan oleh kerana musim hujan waktu menanam ni, walau pun ditanam di atas batas. Tapi tak pe lah, saya gantikan dengan pokok lain. Untuk membaja, ayahman dah dapat pembekal baru dari Encik Zainal, anak buah Ayahman jugak. Dia ada kebun bela cacing harimau untuk produce baja organik ni. Sesiapa nak baja organik ni boleh kontek Ayahman. Kilangnya di Pulau Pinang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Dec-2006 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penanaman Anak Benih
|
 |
|
Anak dan sepupunya turut turun ...
|
|
 |
|
Mak Dik dan Nisa pun ada ...
|
|
 |
|
Bang Chik dan Kak Chik ...
|
| | View all 8 photos... |
|
|
Kerja-kerja penanaman anak pokok ini terpaksa menggunakan tenaga kerja yang ramai. Pada peringkat ini tidak ada pekerja yang digaji untuk melakukan kerja-kerja ini. Oleh itu, khidmat ahli keluarga yang berkelapangan digunakan. kerja penanaman anak benih ini mengambil masa dua hari untuk diselesaikan. Nasib baik ada cuti Krismas, so ramailah ahli keluarga lain yang balik ke kampung untuk membantu dan memberikan sokongan kepada projek ini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Dec-2006 13:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tapak kajian tanaman buah pitaya
|
|
|
Kajian terhadap penanaman buah pitaya adalah perlu. Kajian mengenai perkembangan, pembajaan, jenis baja, jenis anak benih dan sebagainya perlu dikaji dan diselidik sendiri disamping berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan lain. Untuk itu sebanyak 12 batang tiang disediakan dihalaman rumah bagi tujuan tersebut yang ditanam dengan benih dari pelbagai sumber. Tapak ini juga berguna untuk kajian kesesuaian baja organik yang digunakan dari pelbagai produk.
|
|
|
|